Wednesday, November 6, 2019

MOBOT FLEXI : URUSAN PENTING MEMBAWA MOBOTFLEXI MENAIKI PESAWAT

Sebelum berangkat menunaikan umrah, pastikan semua :

  • peralatan, 
  • kelengkapan dan 
  • dokumen perjalanan 
telah ada dan disimpan dengan rapi dalam pemantauan kita.

Simpan dalam hand carry supaya bila kita perlukannya mudahlah kita ambil terutama ketika berurusan dengan pihak imigresen dan kastam nanti.

Ni Cik Lin nak kongsikan pengalaman Cik Lin dan Pn Aida yang membawa 2 unit mobotflexi dalam misi umrah lepas.

-------------------

1. Maklumkan kepada travel agen yang kita membawa mobotflexi a. k. a scooter wheelchair (tiada bayaran tambahan dikenakan) untuk kegunaan sepanjang kita menunaikan umrah di Mekah dan Madinah.
+ Serahkan dokumen berkaitan Mobotflexi dan aksesorinya kepada mutawif supaya mudah untuk didaftarkan.
+ Pastikan mobotflexi ini dibalut rapi dengan plastik (sila ke kaunter pembungkusan bagasi). Balut dengan extra care di bahagian klip hadapan. Kalau boleh tampal sticker fragile sekali untuk elakkan kerosakan dalam perjalanan nanti.
+ Keluarkan bateri 48V : 6Ah @ 288Wh. Balut dan masukkan dalam hand carry bag. Ini Airport Malaysia.
+ Jangan lupa bawa bawa adapter, charger dan soket international sekali, nanti dah sampai sana tak boleh caj pulak.
+ Bagi tujuan penerbangan pulang dari Jeddah Ke Kuala Lumpur, bateri hendaklah dibalut rapi dan dimasukkan ke dalam luggage (bersama bagasi pakaian lain).
+ Ikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Airport Arab Saudi. Elakkan bertelagah dengan mereka. Bersabarlah.
+Sentiasa pastikan pasport dan boarding pas berada dalam hand beg anda.

2. Pastikan juga semua beg dalam perhatian kita. Elakkan dari meminta pertolongan jemaah yang tidak kita kenali bagi mengelakkan musibah kecuaian.

3. Simpan botol spray kosong untuk mudahkan berwuduk dalam pesawat dan sebaiknya bawa juga botol mineral kosong untuk mudahkan bersuci dalam tandas pesawat.

4. Minimakan barang yang perlu dibawa. Maksima berat yang dibenarkan ialah 30kg sahaja. Bagi yang membawa mobotflexi dan declare sebagai scooter wheelchair, tiada caj tambahan dikenakan.

p/s : Nanti saya sambung lagi ye.

Nak info lanjut dan tawaran diskaun Aidil Fitri mobotflexi untuk mak ayah?
Klik website kami di : www.mobotflexi.com


No comments:

Post a Comment