Sunday, October 28, 2018

YA ALLAH JAUHI DAN LINDUNGI AKU DARI PENYAKIT TUA. BHGN 2

Hi! Semua pengikut setia Cik Lin Selamat & Mobot Flexi. Hari ini, kita sambung baca dari artikel semalam dari Dr Hamid Arshat.SELAMAT MEMBACA!
.
Di antara banyak jenis sakit tua ialah nyanyuk, dementia, alzheimer, parkinsonism dan lain2. Hilang ingatan dan nyanyuk sering mengancam warga emas.
.
Otak mengecut dengan meningkat umur dan jika tidak diaktifkan dengan berbagai cara rangsangan.
.
Dalam penyakit alzheimer, Beta amyloid plaque melekat pada dinding saluran darah ke otak, mengurangkan bekalan darah dan oksigen, kesannya sel2 otak musnah. Kimia2 pemancar signal letrik dalam otak, acetyl choline (Ach) juga bekurangan dalam penyakit2 ketuaan.
.
Penyakit angin ahmar atau stroke juga boleh merosakkan bahagian2 terpenting dalam otak, mengakibatkan gangguan fungsi2 terpenting saperti pertuturan, ingatan dan hemiplegia (mati sebelah badan)
.
Dalam umor 72 tahun saya sentiasa berdoa sambil mengamalkan langkah2 untuk menjauhi sakit tua.


------------------------------------------------------------

Sambungan : Info penyakit tua daripada Dr Hamid Arshat

.
8. Minyak kelapa dara (VCO)

Otak mendapatkan sumber tenaga dari glucose yang memerlukan insulin. Otak menghasilkan sumber insulin sendiri. Pesakit alzheimer kekurangan insulin dalam otak, kesannya kurang sumber tenaga.
.
VCO mengadungi 60% medium chain triglycerides (MCT), sumber ketones yang menghasilkan tenaga.
.
Minum 2 sudu besar VCO setiap hari dikatakan dapat bantu pesakit alzheimer.
.
9. Vitamin D3.

Vitamin D memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sel2 serta fungsi otak. Pesakit2 ketuaan, alzhmeir mengalami kekurangan vitamin D. Wanita2 hamil disarankan mengambil vitamin D3 yang biasanya diadunkan bersama pil kalsium.
.
10. Vitamin B12.

Memainkan peranan penting dalam kesihatan dan fungsi otak serta meningkatkan ketajaman berfikir.
.
Kekurangan vitamin B12 menyebabkan otak mengecil dan penyakit alzhmeir.
.
11. Kesihatan perut dan usus.

Dianggap sebagai otak kedua kerana terdapat hubungan saraf terus ke otak melalui saraf2 vagus dan cranial nerve ke10.
.
12. Buahan dan herba2.

Terdapat banyak jenis buahan dan herba yang merangsang pertumbuhan sel2 otak, meningkatkan sambungan dan hubungan antara sel2 otak. Buah2 berries, kismis dan keroma dengan kandungan flavonoids - anthocyanins dan flavanol bertindak demikian.
.
13. Kawal penyakit yang memudahkan serangan angin ahmar.

Penyakit2 darah tinggi, kencing manis, kegemokkan dan kolesterol tinggi perlu dikawal dengan rawatan doktor pakar.
.
14. Rangsang otak.

Di samping pemakanan berkhasiat dan berzat, amalan exercise fizikal, kawal penyakit dan stress, makan vitamin2, supplement dan herba kita perlu merangsang dan mengaktifkan otak setiap masa dan waktu.

--------------------------------------------------------------


Mungkin orang Malaysia jarang mengalami kekurangan vitamin D kerana bila terdedah kepada cahaya matahari tubuh kita boleh bina vitamin D.
.
Sumber2 utama B12 ialah daging, ayam, susu dan telor. Makanan tersebut juga mengandungi choline yang penting bagi fungsi otak.
.
Untuk menentukan kesihatan usus tentukan pemakanan yang berkhasiat dan berzat. Jauhkan junk dan processed foods, gula dan karbohaidret. Makan lebih fermented food dan probiotics.
.
Kimia pemancar letrik otak Ach bolih berkurangan akibat tindakan enjim2 terentu , akibatnya penurunan fungsi otak.
.
Terdapat beberapa herba yang mengadungi inhibitors untuk menghalang tindakan enjim2 tersebut dan berkesan merangsang fungsi otak, barcopa, ginko baloba, rosemary, sage, mint, holy basil dan lain2.
.
Musik dan lagu khususnya musik2 klassik memang telah diiktiraf sebagai satu cara meningkatkan fungsi otak disamping memberi ketenangan minda. Lebih baik kalau belajar bermain alat musik setakat untuk kegunaan sendiri.
.
Interaksi sosial seraya menguatkan silaturrahim melalui perbualan talipon dengan ahli2 keluarga, rakan2 sebaya, anjurkan makan bersama dengan classmates.
.
Pelajari satu kemahiran baru, jadikan ia satu hobi. Kita perlu membaca buku atau cari maklumat dari internet untuk tujuan begini. In satu kaedah rangsangan otak yang baik. Ada kala hasil dari hobi menjadi satu bisnes yang lumayan.
.
Ada beberapa permainan yang perlu kegunaan minda saperti crossword puzzle; sudoko, chess dan lain, kesannya merangsang fungsi otak.
.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Demikian, seperti diatas dan artikel sebelum ini perkongsian daripada Dr Hamid Arshat berkenaan dengan penyakit tua dan cara mengurangkan penyakit-penyakit tersebut.
.
Cik Lin harap dengan perkongsian ini dapat mengurangkan penyakit yang dihadapi oleh pembaca setia blog Cik Lin Selamat & MobotFlexi. 
.
Sekian.

























Credit:
Picture from Internet VectorStock / ID21682657

No comments:

Post a Comment