Saturday, October 27, 2018

YA ALLAH JAUHI DAN LINDUNGI AKU DARI PENYAKIT TUA. BHGN 1

PERKONGSIAN DARIPADA : Dr HAMID ARSHAT

.
Hi! Semua pengikut setia Cik Lin Selamat & Mobot Flexi. 
Hari ini, Cik Lin nak kongsikan serba sedikit info daripada Dr Hamid Arshat berkenaan penyakit tua. SELAMAT MEMBACA!
.
Di antara banyak jenis sakit tua ialah nyanyuk, dementia, alzheimer, parkinsonism dan lain2. Hilang ingatan dan nyanyuk sering mengancam warga emas.
.
Otak mengecut dengan meningkat umur dan jika tidak diaktifkan dengan berbagai cara rangsangan. 
.
Dalam penyakit alzheimer, Beta amyloid plaque melekat pada dinding saluran darah ke otak, mengurangkan bekalan darah dan oksigen, kesannya sel2 otak musnah. Kimia2 pemancar signal letrik dalam otak, acetyl choline (Ach) juga bekurangan dalam penyakit2 ketuaan.
.
Penyakit angin ahmar atau stroke juga boleh merosakkan bahagian2 terpenting dalam otak, mengakibatkan gangguan fungsi2 terpenting saperti pertuturan, ingatan dan hemiplegia (mati sebelah badan).

.
Dalam umor 72 tahun saya sentiasa berdoa sambil mengamalkan langkah2 untuk menjauhi sakit tua.


-------------------


1. Baca dan hafal quran tingkatan fungsi otak.

Saya amalkan baca quran walaupun beberapa ayat setiap hari. Walau pun sudah hafal beberapa surah penting, dalam bacaan kali ini saya cuba fahami makna agar dapat menghayati ajaran quran dan mengamalkannya.

.
Bacaan quran bertajweed dan bertaranum adalah satu kaedah mengaktifkan otak. Ia merangsang pertumbuhan sel2 otak dan meningkatkan transmissi letrik menerusi synapses.
.
Bacaan berulang2 meningkatkan ingatan dan hafalan dan disyorkan baca 40 kali bagi setiap ayat. Amalan ini insyaallah bolih mencegah penyakit nyanyuk.
.
2. Tenangkan fikiran dan atasi stress.


Tekanan mental, fizikal dan emosi yang berpanjangan mencetuskan hormon steroid, kortisol yang bolih merosakkan sel2 neuron dan stesyen pemancar letrik, synapses khususnya di kawasan hippocampus dan prefrontal lobe yang penting bagi menyimpan ingatan dan dan memperoses pemikiran.
.

Saya cuba mengawal stress dengan sentiasa berzikir, bertasbih dan berselawat di mana2 dan bila2 masa bila ada peluang.
.
Juga menyedut nafas panjang melalui hidung dan menghembus nafas keluar perlahan2 melalui mulut, ulang selama 5 minit, tidak kira di mana saya duduk.
.
Saya juga amalkan berkebun di sekitar kawasan rumah selama 30 hingga 60 minit, setakat tanam sayur dan herba. Sambil berpeluh ia juga dapat beri ketenangan kepada saya.
.
Ketawa dan senyum selalu untuk kurangkan stress. Jenaka cetuskan pengeluaran dopamine yang menimbulkan rasa keriangan dan ceria.
.
3. Terus belajar bidang baru.


Peroses pembelajaran mencambahkan pertumbuhan sel2 serta meningkatkan fungsi otak, tidak kira umor dan tidak kira bidang ilmu apa pun.
.

Untuk saya ilmu2 ugama, perubatan dan pengurusan penting saya tingkatkan setiap masa dengan membaca kitab2, buku2 dan internet.
.
Untuk lebih berkesan lagi pelajari bidang2 baru yang boleh mecabar otak kita saperti bertukang atau carpentering, buat lukisan atau berlajar bermain alat muzik. Jadikan ia sebagai satu hobby untuk memenuhi waktu lapang khususnya bagi mereka yang telah bersara. Malangnya saya tidak punya banyak masa lapang.
.
4. Terus berkerja dan berkhidmat tanpa bersara.


Kekosongan tanpa aktiviti fizikal dan mental boleh menyebabkan otak kita cepat mengecut atau atrofy.
.

Alhamdulillah bagi saya yang self employed dan punya ilmu dan kemahiran dalam pembedahan gynecology, jadual masa saya sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang merangsang minda saya.
.
Semoga Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan tubuh badan untuk terus beri khidmat kepakaran saya kepada kaum wanita khususnya.
.
5. Excercise fizikal meningkatkan fungsi otak.


Amalan exercise fizikal selama 30 minit atau lebih memberi banyak kesan positif kepada fungsi otak:

Meningkatkan bekalan oksigen kepada otak; penting bagi sel2 otak untuk cegah serangan angin akhmar.
.

Mencetuskan pengeluaran BDNF - brain derived neurotrophic factor untuk meningkatkan fungsi otak - kognitif dan pembelajaran. Tingkat mitochondria dan organelles pembekal tenaga untuk sel2 otak.
.
Bagi warga emas terbaik jalan kaki selama 30 minit di sekitar kawasan perumahan selepas solat subuh.
.
Saya cuba amalkan yoga untuk merawat sakit tengkuk dan pinggang. Yoga adalah amalan bangsa india dan taichi amalan bangsa cina.
.
Alangkah baiknya jika kita popularkan silat sebagai satu exercise kesihatan dan pentenang minda.
.
6. Tidur yang cukup, antara 5 hingga 8 jam.


Memang telah jadi amalan saya tidur awal, 10 malam dan bangkit awal, jam 5 pagi. Dan sebelum zohor saya tidur sebentar atau power nap.
.

Waktu tidur aktibiti2 otak pun berehat, segala fungsi diselaras semula (reset), sel2 neuron baru tumbuh dan sambungan2 synapses diperkukuh.
.
Bila bangun kita dapat berfikir dengan terang kerana otak kita lebih aktif. Jika ada masa amalan exercise fizikal 30 minit sebaiknya dilakukan selepas bangun tidur untuk menghasilkan kesan rangsangan otak terbaik.
.
7. Omega 3 dan DHA.


Otak mengandungi 60% lemak dan darinya 25% adalah Omega3 DHA, penting bagi fungsi otak dan retina mata untuk penglihatan.
.

Kekurangan omega 3 dan DHA terdapat pada pesakit2 ketuaan termasuk alzheimer, menjadikan sel2 otak tegang dan mudah inflamasi serta rosak, juga kimia pemancar neuro berkurangan.
.
Sumber2 omega3 terbaik adalah dari ikan berminyak saperti salmon, tuna, mackerel, hati, otak dan minyak krill. Sumber2 omega3 dari walnut, badam, avacardo, flexseeds, peanuts juga baik.
.
Sekarang ini pil2 minyak ikan dan krill banyak terdapat dalam pasaran. Setiap biji pil mengandungi 1000 mg minyak ikan atau krill. Makan satu atau dua biji setiap hari. Minyak krill lebih mudah diserap dan juga mengandungi antioxidant, astaxanthine.
.
--------------------------------------------------------------------------------
Nantikan sambungan artikel ini!
.
Terima kasih kepada follower blog Cik Lin Selamat & Mobot Flexi yang sudi luangkan masa untuk baca info yang berharga ini.
.
Al - maklumlah kita tak tahu macam mana kondisi kita pada masa akan datang.
.
Eloklah kita siap siaga dari sekarang.
.
JOM SIHAT!
.
Sekian.


Credit:
Pictures from Internet - VectorStock / ID13295474 

No comments:

Post a Comment