Sunday, September 8, 2019

MOBOTFLEXI : CIK LIN BALIK DARI UMRAH

Dah seminggu Cik lin balik dari Umrah.
------------------------
Macam tak percaya, akhirnya penantian untuk pergi menunaikan Umrah sehingga selesai walaupun dengan seribu kepayahan namun dah pun berjaya malah mungkin jauh lebih mudah berbanding dengan orang lain yang senasib dengan Cik lin.
Hari ni Cik lin dah back to rutin harian di Kuala Lumpur dan semoga perubahan baik ini terus kekal berterusan.
Banyak yang Cik Lin nak cerita terutama untuk panduan pengguna mobotflexi yang merancang untuk menunaikan Umrah dan haji bersama mobotflexi masing-masing nanti. Kiranya macam Do & Don't lah...
--------------------
Antara tips yang cik lin nak kongsi :
--------------------
1. Persediaan sebelum berangkat ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan Umrah.
2. Semasa di Airport Kuala Lumpur, Malaysia dan Jeddah, Arab Saudi.
3. Pergerakan semasa berulang alik dari hotel ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi serta berziarah ketika di Madinah dan di Mekah. Rugi kalau tak ikut atur cara yang telah disediakan oleh pihak travel agen.
4. Teknik menunaikan tawaf dan saei.
5. Tips nak solat di saf pertama dalam Masjidil Haram dan masjid Nabawi.
6. Tips nak masuk dan solat di Raudhah.
7. Tips membeli dan belah. Ada beza urusniaga di Madinah dan di Mekah.
8. Tips kesihatan dan perubatan.
Setakat itu dulu...
Sepanjang Cik Lin di sana tak putus-putus Cik lin doakan semoga semua pengguna mobotflexi yang beragama Islam akan dapat menunaikan ibadah umrah dan haji dengan lebih mudah.
Cik lin juga doakan semoga Allah kurniakan kesembuhan segera kepada semua yang sedang sakit dan diberi pertolongan Allah pada setiap saat yang diperlukan.
Salam sayang dari cik lin dan seluruh team Mobotflexi Malaysia kepada semua yang menyokong dan mengikuti Page Mobotflexi ni / +60193866889

Ini umrah ke 2 - miqat di Tannaim .
Pergerakan kena pantas, kalau tidak kita akan menyebabkan jemaah lain terlewat mengerjakan ibadah.

Berulang alik dari hotel ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Tak perlu bergantung kepada pertolongan orang lain untuk menolak kerusi roda.

Cik lin boleh urus sendiri jadual harian ketika di Mekah ,

Saturday, September 7, 2019

INFO : PERKONGSIAN DARIPADA USTAZ DATO HJ SHAMSURI HJ AHMAD

Sedikit perkongsian.
1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat,
2. Makin kita berumur solat kita kena buat berjemaah,
3. Makin kita berumur solat kita kena lebih, solat sunat bertambah dan lebih banyak dr tahun yg sebelumnya,
4. Makin kita berumur, solat sunat Qabliyyah jgn tinggal,
5. Makin kita berumur solat sunat Qabliyyah dan Ba'diah zohor buat buat 4 rakaat,
5. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sblm tidur,
6. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jgn tinggal.
7. Makin kita berumur, paling tidak khatam AL Quran 2 kali dlm setahun,
8. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat seminggu sehari atau 2 hari.
9. Makin kita berumur, zikir kena banyak,
10. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak,
Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga.
~ Ustaz Dato Hj Shamsuri Hj Ahmad
#Mobotflexi

Thursday, September 5, 2019

Wednesday, September 4, 2019

MOBOTFLEXI : BANTUAN BAITULMAL WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Satu kepuasan bila usaha dijamin Allah dengan hasil yang cukup berbaloi.
Terima kasih kepada Baitulmal Wilayah Persekutuan yang merealisasikan hasrat En Abdullah untuk memiliki sebuah Mobotflexi.
Beliau datang berkerusi roda yang perlu dibantu anak, kini pulang dengan mobotflexi yang serba serbi multipurpose yang dapat mudahkan pergerakannya.
P/s : Sebelum merungut, tiada bantuan untuk OKU, elok selidik dulu apa yang perlu diperbaiki, kalau orang lain boleh dapat bantuan (sebab dia layak) kenapa anda yang layak tak usaha dapatkan mobotflexi melalui Baitulmal juga?

mobotflexi_bantuan_baitulmal

mobotflexi_bantuan_baitulmal

Sunday, September 1, 2019

TIPS : PERKONGSIAN DARIPADA YB DR DAROYAH ALWI - BAGI SIAPA SELALU BANGUN TIDUR UNTUK BUANG AIR.


Amalan Tiga kali (1/2)
Para pakar selalu berpesan:
Setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 x 1/2 minit.
Kenapa penting ?
3 x 1/2 minit adalah suatu amalan percuma tetapi akan banyak mengurangkan angka kematian secara mengejut (sudden death). Kerap kali berlaku seorang individu yang siang harinya masih nampak sihat, tetapi malam harinya meninggal.
Selalu kita mendengar cerita orang, kelmarin saya masih bersembang dengan dia, kenapa tiba-tiba dia meninggal? Penyebabnya adalah ketika bangun malam utk ke bilik air kerap dilakukan secara terlalu cepat. Sejurus kita berdiri, otak masih kekurangan aliran darah.
Kenapa “3 x 1/2 minit” amat penting?
Ini kerana pattern ECG .(Electro Cardiogram) seorang individu normal pada siang hari manakala pada masa tengah malam ketika terbangun nak buang air kecil. Iaitu, corak ECG itu boleh berubah.
Bilamana anda bangkit secara tiba-tiba otak akan jadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan oleh kekurangan darah. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan amalan “3 kali 1/2 minit” ini, iaitu:
Bila sahaja terbangun dari tidur, jangan terus turun dari katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit.
Duduk di katil untuk tempoh 1/2 minit.
Turunkan kaki, duduk di tepi katil untuk tempoh 1/2 minit.
Selepas 3 x 1/2 minit yg dilakukan secara percuma tanpa membayar sesen pun, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal ketika bangun tengah malam seperti yang sering kita dengar.
Pernah seorang tua menangis kesal kenapa beliau tidak mengetahui perkara ini dari dulu lagi setelah membaca pesanan ini.
2 tahun lalu dia bangun tengah malam untuk ke tandas, di bilik mandi tiba-tiba terasa dunia berpusing dan beliau terjatuh. Akibatnya dia sekarang mengalami lumpuh dan tak boleh bangun dari katil. Punggungnya mengalami luka-luka di kubitus. Seandainya dia mengetahui perkara ini lebih awal, beliau tdak seharusnya menderita seperti kini.
Kongsikan untuk orang yang kita sayang bagi menghindari perkara seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku tanpa mengira usia tua ataupun muda.
#mobotflexi

Kpd Nadia : Mohon carikan gambar yang bersesuaian dengan posting.


Saturday, August 31, 2019

MOBOTFLEXI : DATANG BERKERUSI RODA, PULANG DENGAN MOBOTFLEXI!


Datang berKERUSI RODA dibantu kawan, pulang dengan MOBOTFLEXI berdikari sendiri dengan penuh sinar harapan!
-----------------
Terima kasih kepada Pusat Zakat Selangor yang prihatin dan amat memahami keperluan saudara Azlan untuk menggunakan mobotflexi menggantikan kerusi roda sedia ada bagi memudahkan pergerakan harian dan perniagaannya.
"Kecacatan bukan satu alasan untuk tidak berniaga dan berjaya" - Saudara Azlan.
P/s : Rujuk komen pertama untuk maklumat permohonan mendapatkan Mobotflexi melalui Pusat Zakat atau hubungi Mobotflexi Advisor Arifin 011 3906 1817 sekarang.



Wednesday, August 28, 2019

MOBOTFLEXI : "MACAM MANA NAK DAPAT BANTUAN DARI AGENSI KERAJAAN UNTUK MILIKI MOBOTFLEXI INI?"


Ini antara soalan paling biasa bakal pengguna MOBOTFLEXI kepada team Mobotflexi@AIDAQ.
Klik je link di bawah ni (atau copy dan paste je di browser google). Baca, sediakan dokumen dan terus mohon ke agensi yang menyediakan biaya / bantuan.
Kalau harga Mobotflexi@AIDAQ ini within budget, elok beli tunai je di Medan Mara, Kuala Lumpur.
Selepas semua SOP diikuti, bawalah pulang Mobotflexi anda dengan penuh semangat berdikari supaya hari-hari mendatang jadi lebih bermakna dan menceriakan.
Pengalaman mereka yang dah beli dan guna mobotflexi, memang berbaloi-baloi bila mobotflexi ada disisi terutama saat diperlukan.
---------------------------------------------------
8 CARA MEMILIKI Mobotflexi
---------------------------------------------------
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=502355013578303&id=214198402393967
--------------------
Cara 1 - Belian Tunai
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=505540089926462&id=214198402393967
Cara 8 - Belian melalui transaksi Goldbar Publicgold
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=505989699881501&id=214198402393967
Dapatkan info lanjut di WhatsApp kami sekarang :
📌 http://www.wasap.my/60126169034/nakMobot
NAK Tawaran Harga 24% DISKAUN dari harga di farmasi anda?
Klik link ini segera sementara stok masih ada :
📌http://www.mobotmalaysia.com/store/p1/MobotFlexi.html

Saturday, August 24, 2019

TIPS : PENJAGAAN BUAH PINGGANG

Kita bertanggungjawab penuh untuk menjaga buah pinggang kita sendiri.

Usah merisikokannya dengan supplement yang tiada pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Usaha mencegah penyakit ini dari peringkat awal adalah amat penting dan berbaloi, bukan sahaja dari segi kesihatan tapi dari segi kewangan juga.

#tips team Mobotflexi




Wednesday, August 21, 2019

INFO : KEISTIMEWAAN & KEMUDAHAN OKU.


Ramai yang masih tak tahu tentang bantuan yang disalurkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada golongan yang kurang bernasib baik.
Tapi hakikatnya ramai juga yang tahu cuma malas nak beritahu orang lain ... "ahhh bukan masalah aku pun...."
Kami bertemu dengan beberapa warga emas, OKU dan mereka yang sedang menjalani rawatan pemulihan di pusat rehab .
Walaupun mereka adalah insan-insan yang memerlukan tapi tak ramai di antara mereka yang tahu tentang pelbagai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan untuk mereka kembali berdikari dan terus aktif menjadi sebahagian dari anggota masyarakat yang produktif.
Baca informasi yang kami kongsikan ini ya moga dapat memberi sedikit pencerahan dan membuka jalan saat hidup makin buntu.
p/s : Nak maklumat lanjut, hubungi JKM yang berhampiran anda segera.
p/s : Nak mobotflexi, hubungi 012-6169034 dan dapatkan bantuan biaya dari JKM (bagi yang tidak mampu).
#mobotflexi teman setia di sisimu.

Sunday, August 18, 2019

MALAYSIA : MASYARAKAT PRIHATIN

Semakin hari masyarakat semakin prihatin.

Soal wuduk sebelum solat memang soal wajib. 

Tak boleh diambil mudah.

Diharap inovasi kemudahan untuk warga emas dan OKU ini dapat memudahkan mereka yang mengalami masalah pergerakan untuk berwuduk dan beribadah tanpa bantuan orang sekeliling.

P/s : Kami merintis jalan agar dapat memudahkan orang lain menjalani kewajipan mereka.




Pengarah Urusan Meas Tech, Rozilawati Ibrahim bersama produk tempat berwudhuk bagi Orang Kurang Upaya (OKU) pada Ekspo Halal Malaysia 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). - Foto Asyraf Hamzah

https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2019/03/537076/stesen-wuduk-untuk-oku-warga-emas?fbclid=IwAR0iUD2EINMBzs5BaMdrM2AK-hTHmC6kZ9aDZU79RlTZUIyyuMllXjLHrZQ

Saturday, August 17, 2019

INFO : INOVASI ALAT BANTUAN PERGERAKAN

InsyaAllah akan ada inovasi baru untuk mereka yang berat badan melebihi 160kg.
Kami faham bagaimana mereka mahu kembali berdikari seperti pengguna Mobotflexi yang lain namun setakat ini Mobotflexi hanya boleh menampung berat sehingga 150kg sahaja.
Mobit Xtended juga tidak begitu sesuai memandangkan saiz dan struktur kerusi roda yang digunakan kurang mesra Mobit Xtended walaupun Mobit Xtended boleh menarik beban sehingga 220kg.
Kami sangat utamakan keselamatan dan keselesaan pengguna sebelum menyerahkan produk kami kepada mereka.
Fokus kami lebih kepada memberi solusi dan membantu memilih device yang sesuai untuk mereka / pengguna kembali ceria dan berdikari.

Semoga ada solusi segera untuk sahabat kita ini - www.mobotflexi.com

MOBIT
Mobit Xtended