Friday, August 2, 2019

INFO : Kenapa di Kota Mekah payah nak jumpa penduduknya terlantar di hospital?

Salam Jumaat saudara, sahabat dan pengguna Mobotflexi.

Ayuh ambil iktibar dari video ini. Kenapa di Kota Mekah payah nak jumpa penduduknya terlantar di hospital?

www.mobotflexi.com



 







Thursday, August 1, 2019

MOBOTFLEXI : LIFE IS TOO SHORT.

"Sakit lutut bukan halangan nak jalan-jalan dengan anak cucu lagi" - Atuk Sheikh Mustafa.

Kita selalu mendengar ibu bapa kita, nenek dan datuk sering mengeluh apabila diajak keluar berjalan. Katanya tidak larat kerana berjalan dengan lama akan menyebabkan sakit lutut. 

Eh? Mobotflexikan ada! Mobotflexi berupaya membantu mereka yang mengalami sakit lutut dalam mengurangkan kesakitan tersebut. 
mobotflexisheikhmustafa














Sakit lutut biasanya disebabkan faktor umur, masalah otot dan tisu, kecederaan, radang, masalah kesihatan, arthritis dan berat badan berlebihan. Ia boleh terjadi pada semua orang tidak kira peringkat umur, namun kaum hawa lebih banyak menghadapi masalah ini.
Walaupun ia biasa terjadi kepada orang tua, namun kini orang muda seawal 30-an pun sudah ada yang menderita. Ia akan menyukarkan kita berjalan dan sekaligus melumpuhkan pergerakan kita serta menghalang kita daripada melakukan kerja-kerja harian.
Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk kurangkan sakit lutut ini?

UNTUK KURANGKAN SAKIT LUTUT ANDA,
A) LAKUKAN 5 PERKARA INI:
1. BUAT SENAMAN KARDIO
Senaman seperti berjalan, berenang dan aerobik air menguatkan otot-otot sekitar lutut dan meningkatkan fleksibiliti. Stretching dan Tai Chi juga dapat membantu kurangkan sakit lutut dalam jangka masa panjang.
2. BALUT LUTUT
Balut lutut dengan bandage yang sesuai. Ia dapat mengurangkan sakit pada otot dan tisu sekitar lutut. Anda juga boleh mendapatkannya pembalut lutut jenis sarung di farmasi. Jenis ini adalah yang lebih mudah dipakai.
3. TUAM AIS
Jika lutut bengkak, letak ais dalam tuala dan letak pada lutut untuk kurangkan bengkak dan sakit. Tuamkan buat beberapa ketika dan anda akan merasa hasilnya sejurus selepas itu.
4. JAGA BERAT
Badan yang berat boleh memberi tekanan pada otot lutut. Sebaiknya, kurangkan sedikit berat badan dengan diet yang sihat agar lutut boleh menampung berat badan.
5. GUNA ALAT BANTUAN
Jika sukar berjalan, guna alat bantuan seperti tongkat untuk mudahkan pergerakan. Terutamanya apabila anda berhasrat untuk berjalan jauh seperti membeli-belah di pasaraya atau mengikuti rombongan beramai-ramai.

B) ELAKKAN 5 PERKARA INI:
1. DUDUK LAMA
Memang sakit lutut kalau kita banyak berjalan. Tetapi, sebenarnya duduk terlalu lama boleh melemahkan otot terutamanya otot lutut. Sesekali bangun dan berjalan.
2. TERJATUH
Lutut sakit menyebabkan cara anda berjalan tidak berapa stabil, dan secara tak langsung berpotensi untuk jatuh. Pegang susur tangga dengan kuat jika naik tangga.
3. SENAMAN BERIMPAK TINGGI
Bersenam memang digalakkan tapi jangan lakukan senaman seperti melompat, berlari dan mencangkung kerana ia menambah lagi kesakitan pada otot lutut. Lakukan senaman yang mudah dan perlahan.
4. PAKAI KASUT YANG TIDAK SESUAI
Elak pakai kasut yang boleh memberi tekanan pada kaki. Maka, janganlah pilih kasut yang cantik dari luaran saja tanpa memberi perhatian kepada bahagian tapaknya. Jika masih tidak selesa, letak cushion insoles dalam kasut untuk mengurangkan stress pada lutut sewaktu berjalan. Aksesori ini boleh dibeli di kedai kasut atau kedai peralatan aksesori. Gerakkan jari kaki dengan kerap jika anda perlu berdiri dengan lama setiap hari
5. MELUTUT DALAM TEMPOH LAMA
Melutut terlalu lama boleh menyebabkan kecederaan pada tisu otot. Jadi, lakukan kerja dengan selesa secara duduk atau berdiri dengan berselang-seli.

JANGAN BIARKAN SAKIT LUTUT BERPANJANGAN,

Memang tak boleh nak ke mana-mana kalau sudah sakit lutut kerana ia menghadkan pergerakan. Jalan pun tidak stabil dan tidak selesa kerana menahan sakit. Jadi, rujuk pada doktor agar yang sakit dapat disembuhkan.


Friday, July 19, 2019

TEAM MOBOTFLEXI MALAYSIA AKAN BERSIARAN DI TV ALHIJRAH


===============================================
Pada : 20 Julai 2019 (Sabtu)
Jam : Antara 9.30pg - 10.00pg
Disaluran : 114 Astro
Slot : Assalamualaikum
Nantikan TAWARAN HEBAT untuk penonton TV Alhijrah
Sila LIKE, KOMEN & SHARE Page Kami
https://www.facebook.com/mobotflexi/
Asbab anda berkongsi anda telah membantu mereka yang memerlukan


Thursday, July 18, 2019

MOBOTFLEXI: KENAPA KITA BIARKAN IBU AYAH MENANGGUNG DERITA KESAKITAN BEGITU LAMA?

INILAH 3 PUNCA SEBENARNYA SAKIT DIBAHAGIAN DARI LUTUT KE KAKI TERJADI.
============================================================
.
.
.
Nak tanya ni ada tak di kalangan kita ibubapa yang sukar berjalan akibat dari sakit lutut, gaut, lemah akibat stroke, kurang upaya fizikal tapi buntu nak bantu macam mana ?
.
.
Kalau ada masalah ini sudah pasti kita akan cari wheelchair untuk memudahkan pergerakan mereka nak pergi ke sana-sinikan…
.
.
Pernah tahu apa punca sebenar sakit dibahagian lutut ke kaki terjadi?
1. Tak jaga pemakanan, punca utama penyakit gaut. Makanan yang tak boleh makan dia tetap makan tanpa batasan akan menyebabkan kaki bengkak contohnya alah kepada makanan laut tetap makan walaupun tahu takboleh..kan..
2. Kerja berat yang berpanjangan juga adalah punca utama yang menyebabkan jem dibahagian sendi lutut.
3. Berhenti sukan secara tiba-tiba juga akan menyebabkan kaki dapat masalah yang mana mudah menjadi krem bila berdiri lama atau duduk didalam aircond yang sangat sejuk.
.
.
Banyak lagi yang boleh menjadi punca yang menyebabkan susah pergerakan ini….Jadi jangan biarkan komplikasi penderitaan sakit dari bahagian lutut hingga kaki ini berterusan kerana ia akan memberi kesan jangka masa panjang yang kita sendiri tak tanggung.
.
.
Anak-anak yang masih ada ibu ayah sakit kaki dan susah untuk berjalan kadang-kadang kita nak bawa berjalan, bercuti mereka tak mahu kerana mereka taknak susahkan anak-anak untuk menolak wheelchair.
.
.
Boleh cuba dapatkan kemudahan baru di Malaysia iaitu Mobotflexi yang mana mobotflexi ini sebagai penganti wheelchair. Mobotflexi bukan sahaja memudahkan pergerakan ia juga akan mengembalikan keceriaan kepada ibu ayah dan mereka akan rasa tak susahkan anak-anak lagi untuk tolak wheelchair serta bebas bergerak kemana sahaja tanpa meminta bantuan…..pasti mereka akan kembali tersenyum dengan kehadiran mobotflexi dalam hidup mereka.
Ayah nak ke surau pun senang dan mudah!
.
.
Nak biarkan atau nak lihat ibu ayah gembira?
Pilihan di tangan anak-anak yang sayangkan ibu ayah…
.
.
Untuk Pertanyaan lanjut sila tinggalkan no telefon anda untuk Mobot Advisor kami hubungi bagi mendapatkan Mobotflexi dengan segera.
.
.
Jangan tunggu lagi sebelum kesakitan itu melarat.
.
.
#takelokbiarkanlama
#mobotflexivswheelchair


Monday, July 15, 2019

Friday, April 5, 2019

MOBOTFLEXI : AKTIVITI DI UKM BANGI

Kongsi sikit aktiviti team Mobotflexi di UKM Bangi hari ini.
Terima kasih kepada semua yang telah mengambil inisiatif tanpa bon mempromosikan Mobotflexi untuk kegunaan bakal jemaah haji dan umrah (yang mengalami masalah sakit lutut dan gout).
Sokongan dari pakar perubatan juga sangat membantu jemaah membuat keputusan yang betul untuk situasi semasa mereka samada untuk membeli mobotflexi atau untuk membeli motorised wheelchair sebelum ke tanah suci menunaikan ibadah.
Sokongan dari pengguna-pengguna Mobotflexi yang sudi datang berkongsi pengalaman mereka di booth kami juga sangat mengujakan. Alhamdulillah.
Terima kasih kepada Dr Nurul dan team yang owesome sebagai penganjur seminar Manasik Umrah dan Haji dan kepada semua tetamu kehormat yang sudi singgah ke booth kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Mobotflexi hari ini.

Wednesday, March 13, 2019

TIPS : SIMPAN/MENGANGKUT MOBOTFLEXI DALAM KENDERAAN.

Mobotflexi ini beratnya 20kg sahaja, lebih kurang berat 2 kampit beras (kalau dibawa travel tak dikenakan caj pun) manakala berat bateri pula 4.6kg.
.
Nak tahu macam mana nak masukkan mobotflexi ini ke dalam kereta, klik video dibawah ye. Semoga panduan ini membantu kerana dengan cara ini berat mobotflexi ini hanya tinggal lebih kurang 10kg sahaja.
.
Mobotflexi ini tak perlu diangkat dan tak perlukan ruang yang besar atau ramp untuk dibawa dalam kereta.
.
Cuba perhatikan video di bawah, bersama mobotflexi ini, pemandu masih boleh membawa 2 lagi penumpang dewasa dengan selesa ke destinasi mereka.
.
Nak lebih banyak tips?
Hubungi Mobot Advisor kami 012-616 9034.
#mobotflexi menggembirakan. Jom balik kampung!


Your Website Title







How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014


Saturday, March 9, 2019

MOBOTFLEXI: JUJURNYA, BUKAN SEMUA ORANG SESUAI GUNA MOBOTFLEXI.

Mobotflexi vs Mobit XTended


Bagi mereka yang tak sesuai guna Mobotflexi, kami syor gunakan Mobit Xtended. 

Ia demi keselesaan dan kesesuaian derita fizikal yang ditanggung oleh pengguna.

-------------------------------------------------
Mobotflexi vs Mobit XTended
-------------------------------------------------

Cik Lin dan Cik Setia Khadijah menggunakan kedua-duanya semasa membantu pengguna memilih alat bantuan yang sesuai dengan keperluan mereka di beberapa lokasi di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Kenapa dengan Cik Lin?

Cik Lin mengalami masalah rheumatoid artritis dan slip disc.

Cik Lin telah menjalani 3 kali pembedahan tulang belakang yang diklasifikasikan sebagai pembedahan 'major' yang pernah mencemaskan ahli keluarga semua manakala Cik D pula seorang yang sihat dengan diet yang teratur tanpa bergantung kepada ubatan kimia untuk maintain kesihatannya.

Anda bagaimana?
Dah buat yearly medical check up?


Andai takdir tidak menyebelahi kesihatan anda, usah bersedih. 
Jadikan mobotflexi sebagai pembantu setia anda. 
Itu yang cik link lakukan.


P/s : Nak cuba mobotflexi, jom ke Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur (Isnin-Jumaat/9.30am - 5.00pm) bawalah insan yang anda sayangi untuk mencuba sendiri mobotflexi ini dan lihatlah senyuman ceria mereka semula.




Thursday, March 7, 2019

WAKAF : HOSPITAL WAKAF PERTAMA DI MALAYSIA

KASIH Cyberjaya Specialist Centre


Ia merupakan hospital wakaf pertama di Malaysia.

Rawatan dan ubat percuma diberikan kepada golongan asnaf dan mereka yang tidak berkemampuan termasuk untuk bukan muslim.

Bagi mereka yang berkemampuan atau orang awam, harga yang dikenakan adalah amat berpatutan berbanding dengan hospital swasta yang ada di Malaysia ini.

Konsep hospital wakaf ini telah direalisasikan oleh Dr Mohd Zaqrul Razmal Mohd Podzi, seorang pakar kanak-kanak yang ingin menjadikan hospital ini sebagai satu entiti yang berlandaskan patuh syariah dan bebas dari konsep riba dan menjadikan mukadimah kepada hospital wakaf yang lain.

Pengalaman selama 15 sebagai seorang doktor yang juga sering turun padang mengikuti misi kemanusiaan dan ahli perkhidmatan secara percuma kepada mereka yang memerlukan , telah menguatkan lagi iltizamnya untuk meneruskan usaha hospital wakaf ini.

Bukan sesesuatu yang mudah untuk melaksanakan apa yang beliau impikan.

Ia menuntut banyak pengorbanan dan rintangan termasuklah melangkah keluar dari zon selesa beliau selama ini, dimana berkhidmat di hospital swasta lain dengan gaji yang lumayan.

Bermula dari bawah .. beliau “ merangkak “ untuk meraih kepercayaan penderma di luar sana.

Kita semua sedia maklum ..

Tempoh menunggu untuk mendapatkan temujanji bagi pesakit dengan doktor pakar di hospital biasa adalah panjang. Justeru itu ... dengan adanya Hospital Kasih ini, akan memberikan pilihan buat mereka yang tidak berkemampuan tetapi perlukan rawatan pakar dengan kadar segera.

Rawatan dan percuma kepada:

1. Golongan Asnaf

2. Mereka yang tidak berkemampuan

3. Pesakit ada kad JKM

4. Pelajar ada ID pelajar (Fisabilillah)

5. Mereka yang datang menyatakan mereka susah (itu urusan mereka dan ALLAH)

Harga rawatan yang dikenakan adalah murah kerana semua peralatan datang dalam konsep wakaf.

Bagaimana hospital ini menjana pendapatan jika memberikan rawatan dan ubatan percuma?

Kos rawatan untuk asnaf akan ditanggung oleh Majlis Agama Islam Wilayah manakala untuk mereka yang kurang berkemampuan pula akan ditanggung oleh tabung wakaf hospital.

Semua doktor pakar yang terlibat sudah bersedia untuk memulakan perkhidmatan di sana.

Bagaimana pun ... yang menjadi kekangan hari ini ialah peralatan yang diperlukan masih tidak mencukupi.

Untuk menjamin segalanya berjalan seperti yang diharapkan .. pihak pengurusan sangat memerlukan sokongan semua pihak.

Hospital Kasih selaku agen zakat MAWIP sangat mengalu-alukan zakat, sedekah , wakaf dan juga sumbangan dari masyarakat Malaysia yang penyayang di luar sana.

Bagi yang ingin bersama berkongsi rezeki dan mencari keberkatan ... sumbangan boleh disalurkan ke account:

KASIH SPECIALIST CLINIC & HOSPITAL

KASIH HOLDINGS SDN BHD

26601600017920 - RHB BANK.

( akaun amanah raya no fail kasih LD004913 )

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Encik Omar Zaki +60 16-319 5276, Dr Mohd Zaqrul Razmal +6016-7170477

Minta bantu share.


Friday, March 1, 2019

MOBOTFLEXI : TERIMA KASIH

TERIMA KASIH.

Terima kasih kepada semua yang berusaha dan telah menyokong usaha kami terutama kepada Doktor Pakar rehab, para terapis PPUM dan SOCSO yang sentiasa membantu semua pesakit dan pengguna Mobotflexi.

Bantuan kalian amat bermakna dalam memulihkan semangat para pesakit. Semoga Allah ganjarkan dengan sebanyak-banyak ganjaran pahala asbab profession kalian yang mulia ini.
Terima kasih juga kepada agensi, pihak pembiaya dan penaja yang telah membantu dan memudahkan pengguna memiliki Mobotflexi.

Yang pasti usaha kalian serta staf yang terlibat sangat kami hargai kerana dengan bantuan itu, ia telah mengembalikan semangat yang hilang dalam diri pengguna untuk bangkit melawan ujian kesakitan yang mereka deritai.

Team Mobotflexi.


#Mobotflexi mengurangi kos perubatanmu.



MOBOTFLEXI : KHABAR BAIK


KHABAR BAIK !

1 lagi kelulusan bagi pemohon Mobotflexi melalui Baitulmal Wilayah Persekutuan.

Usah fikir berapa harga mobotflexi ini tapi fikirkan berapa nilainya anggota tubuh ini jika terus-terusan menanggung kesakitan.

P/s : Semua pemohon ke #JKM, #baitulmal, Pusat #Zakat negeri layak dapat 24% diskaun dari harga pasaran (RM8,599) di farmasi berdekatan.