INFO : BAIK SAKIT LUARAN, TIMBUL SAKIT DALAMAN

Ya, anda boleh beli ubat NSAIDs tak perlu preskripsi Doktor untuk beli. 

TAPI, kami Pakar buah pinggang sudah tak larat tengok pesakit-pesakit yang fungsi buah pinggang rosak sebab ini. Voltaren (diclofenac sodium) dan Ponstan (Mefenemic Acid) adalah antara yang terlampau senang masyarakat kita dapat.

Tahu kah anda komplikasinya? 

Antara nya:
- rosak buah pinggang
- pendarahan perut/usus
- water retention (air bertakung-mungkin dalam paru-paru).

Kesemuanya membahayakan nyawa.
Malaysia kena olah akta mengikut kesesuaian masyarakat. 

Saranan professional:
1. Untuk pegawai farmasi & Doktor-doktor di luar sana:

Ingat, statistik masyarakat rakyat Malaysia macamana. 

Ramai yang berisiko.

1 dalam 5 ada Kencing Manis
1 dalam 8 ada penyakit buah pinggang kronik.

You have NO IDEA what happened to those patients kan. So, do the right thing. If they keep having pain, refer to specialists to find out THE CAUSE of pain, bukan terus menerus bagi beli ubat ini🤦‍♀️🤦‍♀️

2. Untuk masyarakat:
Jangan beli je ubat makan Ponstan/Voltaren atau injeksi Voltaren selalu. 

Sekali sekala boleh. 

Pergi cari punca kesakitan itu dan cuba dapat rawatan yang kekal. 

Cuba beritahu Doktor atau pegawai farmasi tersebut apa penyakit yang anda ada supaya mereka boleh beri nasihat sebenar. 

Kalau mereka beri juga ubat Voltaren atau Ponstan walaupun anda berisiko; 

mohon simpan resit dan bukti: 

anda boleh saman mereka.
Hati-hati.
Tiada siapa yang boleh selamatkan diri anda kecuali diri anda sendiri.
Sumber:Rafidah Abdullah Pakar Perunding Perubatan & Buah Pinggang.

Comments

Popular posts from this blog

eScooter Mobot Flexi - Kembalikan Keceriaan Hidupmu!

MOBOTFLEXI: KENAPA MOBOFLEXI MENJADI PILIHAN ?

SEGARKAN DIRI DENGAN AIR KOSONG