Friday, December 21, 2018

SANTUNI PERKARA-PERKARA INI:

1) Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:45am kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya.

2) Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jangan ditinggalkan setiap kali lepas solat kerana inilah zikir khas istiqamah penguat semangat.

3) Berusahalah sedaya upaya untuk solat subuh berjemaah di rumah-rumah Allah, @ paling kurang berjemaah dengan anak isteri di rumah kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.

4) Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana diantara waktu-waktu mustajabnya doa.

5) Pelajari serta hayati setiap bait-bait bacaan dlm setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah-olah kita berbisik-bisik mengadu hal dengan Robbul Jalil setiap kali kita solat agar dengan yang demikian hati kita sentiasa berada dlm solat, mudah-mudahan dengan asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat.

Memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat dan itu janji Allah bahawa solat yang sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.

6) Jangan dilepaskan Al Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga surah, selain itu jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari iaitu :-

+ 10 awal & akhir surah Al Kahfi

+ surah Al Waqiah

+ surah Al Mulk

Asbab kepada sabda nabi : Bacalah Al Quran.. sesungguhnya Al Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat-sahabatnya.

7) Jangan ditinggalkan solat-solat sunat qobliyyah ba'diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita.

8) Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu.

Wanita; bersedialah ternanti-nanti masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah-rumah Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita saw yang utama.

9) Lazimi sentiasa punyai air wudhu setiap masa kerana orang yg punyai wudhu akan di dampingi para malaikat-malaikat Allah pada tubuhnya.

10) Amalkan sentiasa bawa ke mana2 kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orang2 yg sentiasa bersugi antaranya :-

+ Zikir & bacaan ayat-ayat Al Quran orang yang bersugi lebih 70 kali di sukai Allah berbanding bacaan orang-orang yang tak bersugi.

+ Dua rakaat solat orang yg bersugi juga lebih disukai Allah vs 70 rakaat solat orang yg tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan-golongan mereka yang istiqamah bersugi.

Riwayat Aisyah.. Bahawa aku tidak bisa mengira berapa kalikah dlm sehari Rasulullah saw bersugi. Dikatakan juga perkara terakhir yg Rasulullah saw lakukan sebelum ajalnya sampai adalah baginda saw sempat bersugi.

Saya pernah terbaca dlm artikel tulisan ulama tersohor bahawa nyawa orang yg sentiasa bersugi mudah keluar ketika di datangi sakaratulmaut.

12) Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah-kalimah taubat @ kalimah-kalimah tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.

13) Lazimi berpagi-pagi dgn kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bagi menjana hormon-hormon perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yg positif setiap hari.

KESIMPULAN :

Berusahalah menyantuni akan setiap perkara-perkara sunnah serta perkara-perkara ma'ruf setiap masa kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah 👇

"Wahai jiwa-jiwa yg sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan engkau redha dan aku redha. Dan berkumpullah kalian dalam kalangan orang-orang yang berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga".

👆 Ini adalah ayat sakaratul maut.. Kalaulah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita.. nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dlm berusaha tuk mengejarnya.

Sila kongsikan pesanan dan amalkan ye, mudah-mudahan menjadi amal jariah yang berterusan hingga ke jannah.




۞ اَللهُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ۞

No comments:

Post a Comment