Wednesday, May 16, 2018

MOBOT FLEXI - MENJADI PERHATIAN RAMAI!

#PERHATIAN 


Dimana-mana pun Mobot flexi tetap jadi perhatian!

Dato Hj Saad dah beberapa kali pergi tanah suci untuk mengerjakan umrah dan haji tapi umrah kali ini beliau jadi lebih enjoy sebab ditemani Mobot Flexi 2in1 mobiliti skuter cum wheelchair kata orang putih! 

Dah tak perlu lagi bergantung kepada orang lain untuk menolak kerusi rodanya. Yalah.... bagi mereka yang pernah mengalami situasi seperti kami pasti mudah rasa bosan bila terpaksa bergantung harap kepada orang lain terutama untuk aktiviti harian yang rutin.

Bila dah ada Mobot Flexi ini, Dato Hj Saad dah boleh kemana-mana termasuk ke pusat membeli belah!

Actually ada banyak gambar kenangan di tanah suci yang dikongsikan oleh Dato kepada team mobot tapi cik lin pilih gambar ini untuk dikongsikan dengan pembaca blog cik lin ni.

Bagi anak-anak, bila melihat kesusahan ibu ayah untuk  bergerak terutama untuk aktiviti rutin harian, fikirkanlah pengorbanan mereka untuk kita. Doa mereka yang tidak pernah putus untuk pastikan rezeki kita sentiasa melimpah ruah, kasih mereka yang sentiasa ada untuk kita dan banyak lagi kalau nak dihitung...Ada rezeki, hadiahkanlah kepada mak ayah ye.

Setelah beberapa bulan pulang ke tanah air, beliau kini puas berjalan, beriadah dan berziarah dengan mobot flexi.


No comments:

Post a Comment