Tuesday, May 29, 2018

MOBOT Flexi kini boleh didapati secara ansuran di LAZADA!

Salam Ramadan ke 12 yang penuh barakah sahabat-sahabat Cik Lin yang selalu mengikuti aktiviti Cik Lin di sini.


Sejak Cik Lin berblog ni ada juga sahabat yang whatapps berkongsi cerita sedih dan kesakitan yang dialami.

Cik Lin faham penderitaan yang kalian rasai. Bagi orang yang tak pernah sakit, mereka payah nak terima hidup kita ni sentiasa 'merana' kesakitan hingga menghilangkan nikmat hidup lain yang kita masih ada. 

Ada masanya kita macam hilang punca tambahan pula tak ada orang yang nak diajak berbual, nak keluar rumah pergerakan fizikal dah terhad, kalau dipaksa nanti makin sakit pula. Begitulah yang Cik Lin rasa sebelum Cik Lin ada Mobot Flexi ini.



Kalau boleh Cik Lin nak sahabat-sahabat ada Mobot Flexi ini untuk mudahkan pergerakan kalian, kuranglah tahap kebergantungan kita kepada suami, anak-anak atau saudara mara. Dapatlah kita uruskan diri sendiri dengan lebih mudah terutama untuk urusan di hospital, pasaraya, di pejabat atau di airport.


Bagi sahabat-sahabat yang nak beli secara ansuran, kini Mobot Malaysia telah bekerjasama dengan platform online LAZADA supaya sahabat-sahabat boleh membeli Mobot Flexi ini secara ansuran @ RM544.58 sebulan selama 12 bulan. 

Kalau nak tempah hari, klik link ini segera  : http://nak.la/Lazada   terhad kepada 5 unit sahaja sehingga 31 Mei 2018.

Cik Lin doakan agar usaha kalian dimudahkan Allah.




No comments:

Post a Comment