Sunday, April 29, 2018

BAITULMAL NEGERI SELAIN WILAYAH PERSEKUTUAN TAK BAGI BANTUAN KE??

Bila kami update tentang bantuan yang diberikan oleh Baitulmal Wilayah Persekutuan kepada pemohon yang mahu membeli mobot flexi, itu tak bermakna Baitulmal negeri lain tidak boleh membantu anda mendapatkan mobot flexi sebagai alatan bantuan sokongan untuk memudahkan anda kembali berdikari tanpa pembantu wheelchair yea.


Anda boleh memohon ke Baitulmal negeri di mana anda bermastautin dengan syarat anda mempunyai dokumen yang lengkap dan dalam kategori layak mendapat bantuan. Kami akan susul dengan dokumen yang diperlukan oleh pihak Baitulmal apabila diperlukan.

Kami faham anda mahu kembali bergerak bebas ke sana ke sini tanpa menyusahkan anak-anak atau keluarga maklumlah sebelum ini semuanya anda boleh lakukan sendiri cuma, 

Bila diuji dengan kesakitan ditambah pula masalah sendi dan lutut yang tak mampu berdiri dan berjalan jauh, anda tak ada pilihan terpaksa juga bergantung kepada bantuan orang lain.

Itu kalau yang ada pembantu. 

Bagaimana pula jika anda sentiasa hidup sendiri tanpa keluarga dan sahabat yang prihatin untuk membantu?

Kami faham situasi itu. Salah seorang team kami, Cik Lin dapat 'kembali pergerakan bebasnya' setelah beliau menggunakan mobot flexi untuk menguruskan aktiviti hariannya seperti sebelum 3 kali pembedahan tulang belakang akibat slip disc dulu.

Percayalah, kami sangat memahami keperluan anda.

Jika anda atau ada ahli keluarga, kenalan atau tetangga anda yang memerlukan mobot flexi dan dalam kategori layak memohon, segeralah ke Baitulmal negeri untuk mohon bantuan.

Tak dapat bantuan sepenuhnya, dapat sebahagian pun dah cukup memadai. Prosesnya mungkin mengambil masa sedikit kerana pegawai Baitulmal perlu mengaudit kesahihan permohonan anda namun ia amat berbaloi untuk diusahakan.

Nak tahu lebih lanjut ?


Just Whatsapp: 012-2556493.

Atau kalau nak cepat sangat, klik link kat sini untuk terus whatsapp:wasap.my/+60122556493/Mobot
#mobotflexi
#mobotmalaysiahq
#baitulmal
#slipdisc
#bantuan

Kembalikan keceriaan hidupmu bersama mobot flexi.


No comments:

Post a Comment