Sunday, October 15, 2017

Wang belum boleh membeli segala-galanya.

Walaupun En Mat sedia membeli Mobot Flexi namun Mobot Flexi ini kurang sesuai untuk menampung berat beliau yang ketika ini mencecah sekitar 167kg akibat kesan sampingan pengambilan ubat bagi merawat beberapa jenis penyakit yang beliau hidapi sejak beberapa tahun lalu.
.
Masalah ini telah menjejaskan pergerakan En Mat terutama untuk menguruskan aktiviti harian beliau termasuk untuk bergerak dalam bangunan hospital bagi mendapatkan rawatan serta menjalani pelbagai rawatan susulan.
.
Team Mobot Flexi yang ke rumah beliau di Klang Jumaat lepas sedang berusaha mencarikan alternatif serta berbincang dengan beberapa pihak yang berkaitan untuk membuat inovasi baru terhadap Mobot Flexi agar sesuai dan boleh digunakan oleh mereka yang mengalami masalah seperti beliau.
------------------------------------------------------------------
Soalnya berapa ramaikah pesakit yang mengalami masalah berat badan seperti En Mat yang memerlukan alat bantuan sokongan perubatan seperti Mobot Flexi untuk memudahkan pergerakan?
------------------------------------------------------------------
Jika ada, sila komen 'saya perlu' diruang komen, team Mobot Flexi akan berusaha membawa isu ini ke pihak yang berkaitan.
.
#MobotFlexi

No comments:

Post a Comment